Abstract:
Pandemik Covid-19 telah mengubah gaya hidup manusia hari ini, salah satunya dalam pengurusan perniagaan. Kesan dari Covid-19 telah mencetuskan norma baharu kepada rakyat Malaysia untuk menggunakan aplikasi mudah alih untuk membuat pembelian atas talian. Penggunaan aplikasi mudah alih dapat menjadikan peniaga lebih peka dalam perubahan arus teknologi. Kajian dari pengkaji bertujuan untuk menyelesaikan masalah pelanggan di Vatos Barbershop dengan membangunkan aplikasi Vcuts Pro. Dalam aplikasi mudah alih ini, pengguna boleh membuat transaksi maklumat berkaitan gaya rambut yang telah dicadangkan. Pengguna boleh membuat temu janji dalam talian dengan tukang gunting dan membuat pembayaran dalam talian. Bukan itu sahaja aplikasi ini adalah mesera pengguna. Perkhidmatan ini juga dapat menjimatkan masa dan tenaga pengguna. Secara keseluruhannya, aplikasi menggunting rambut ini berjaya dihasilkan dan mencapai objektif yang ditetapkan. Pada akhir proses penghasilan aplikasi mudah alih ini, diharap penggunaan aplikasi menggunting rambut ini dapat digunakan sebaiknya dan kedai gunting rambut lain juga boleh mengaplikasikan pada masa hadapan