Abstract:
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuat tinjauan tentang keberkesanan lampu solar automatik di sekitar kampung masjid Tanjung Dawai yang terletak di Kedah. Kajian ini dibuat untuk mendapatkan maklum balas daripada responden tentang keperluan lampu solar automatik di kampung masjid tanjung dawai. Seramai 30 penduduk di kampung Masjid Tanjung Dawai di pilih sebagai responden. Setiap responden yang dipilih telah diberikan borang soal selidik bagi memperolehi maklumat kajian yang dikehendaki. Segala maklumat akan diproses menggunakan microsoft word. Dapatan kajian keperluan mendapati bahawa 31 responden bersetuju tentang kepentingan memasang lampu solar automatic di kampung Masjid Tanjung Dawai. hal ini dikatakan demikian kerana ramai penduduk mengadu tentang masalah kecurian yg seringkali berlaku menyebabkan peningkatan kes jenayah yang ketara berbanding tahun sebelumnya. Mereka berpendapat lampu solar automatik sedikit sebanyak dapat membantu mereka mengurangkan kadar jenayah sekaligus membantu penduduk kampung yang membuat rondaan setiap malam demi menjaga keselamatan penduduk di sekitar kampung mereka.