Abstract:
iLSC Apps (information Logistics and Supply Chain) ini merupakan satu aplikasi yang
dibangunkan bagi kegunaan para pelajar dan juga pensyarah dalam Program Diploma
Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan (DLS) di Politeknik Seberang Perai. Aplikasi
ini dihasilkan oleh penyelidik dengan menggunakan platform laman sesawang Visual
Studio Code. iLSC Apps ini dibangunkan bagi memudahkan pensyarah dan membantu
para pelajar mencari bahan rujukan dan latihan yang disediakan oleh penyelidik. Oleh
kerana bahan rujukan dan juga info di dalam internet tidak terlalu spesifik, iLSC Apps ini
dapat memberi maklumat secara terperinci tentang kursus Fundamentals of Warehouse
Management (DPL30033). Ciri-ciri yang tersedia di dalam iLSC Apps ialah pelajar boleh
menggunakan kamus ataupun dictionary bagi membuat pencarian perkataan yang
digunakan bagi pembelajaran. Selain itu, aplikasi ini juga tidak mudah sesak atau sibuk
walaupun diakses dengan jumlah peranti yang banyak. iLSC ini dijangkakan diterima
dengan baik dan juga mendapat maklum balas yang positif kerana ia dapat membantu
pelajar dalam urusan pembelajaran tanpa perlu melayari portal ataupun mencetak bahan
rujukan tersebut. Dengan ini, penyelidik mengambil inisiatif untuk memperkenalkan
aplikasi iLSC ini untuk rujukan kepada pelajar, pendidik dan orang awam yang juga
memfokuskan kepada bidang pengajaran dan pembelajaran yang berbeza.