Abstract:
Tian Siang Honda BP di Perak menawarkan servis mengetuk dan mengecat kenderaan. Ianya merupakan pusat servis yang diiktiraf oleh syarikat Honda dan merupakan antara pusat servis kereta Honda paling sibuk di daerah Manjung. Oleh kerana terlalu banyak kenderaan yang perlu dibaiki oleh pekerja di Tian Siang Honda BP, maka stok alat ganti kenderaan yang terdapat di Tian Siang Honda BP semakin berkurangan. Jadi, pekerja di Tian Siang Honda BP perlu membuat pesanan baharu setiap kali kenderaan perlu dibaiki. Disebabkan berlakunya pandemic Covid-19 di Malaysia, kadar pekerja di syarikat Honda perlu dikurangkan dan ini telah menyebabkan berlakunya penghantaran stok alat ganti menjadi lambat. Selain kekurangan pekerja ,sistem yang digunakan untuk merekod alat ganti di syarikat Honda juga tidak berjalan dengan lancar untuk merekod status alat ganti kenderaan yang keluar dan masuk.